Wednesday, June 16, 2010

Queen ConTRoL...


hai...
arini farrah tbe2 nk cter psl queen control...

ape tu QUEEN CONTROL??
Istilah queen control biasa digunakan oleh rakyat Malaysia bilamana mereka memperkatakan akan lelaki (suami) yang dikawal aktiviti, pergerakan dan segalanya oleh isteri-isteri mereka. Ianya juga digunakan sebagai satu kata ganti untuk menunjukkan bahawa orang perempuan menguasai kuasa dalam satu organisasi, syarikat atau keluarga.


1. Masih adakah zaman sekarang ini wanita yang bersikap Queen control?
Jwpn: Ya. Masih ada. Terdapat dua jenis wanita queen control iaitu:
1.
Queen control ya
ng memberikan kebahagiaan kepada suami dan rumah tangga
2. Queen control yang membebankan suami dan menimbulkan kekecohan di dalam rumah tangga.

2. Adakah sikap lelaki membuatkan wanita bersikap queen control?
Jwpn: Boleh dikatakan ya.
Wanita boleh bersikap queen control disebabkan beberapa sebab yang asasnya berpunca daripada lelaki:
1. Suami gagal berperanan sebagai ketua keluarga menyebabkan isteri perlu mengambil alih peranan suami sepenuhnya
2. Suami pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga menyebabkan isteri bertindak mengawal segala tindak tanduk suami dengan harapan pengabaian tanggungjawab suami tidak berulang lagi
3. Suami gagal mengawal isteri hingga membiarkan diri dikawal sepenuhnya oleh isterinya

3. Adakah lelaki akan jemu dengan wanita yang bersikap queen
control?
Jwpn: Terpulang kepada bentuk control daripada wanita itu sendiri. Jika wanita bersikap Queen control kerana kegagalan suami berperanan sebagai ketua keluarga, lelaki takkan rasa jemu malah tak mustahil lelaki akan rasa lega dan berlapang dada dengan pertolongan besar si isteri.

Namun, jika control si isteri dengan hasrat mengawal pergerakan suami supaya tidak mengulangi kesilapan
lalu, memang lelaki akan rasa jemu dan bosan. Sebabnya, lelaki akan mula rasa segala pergerakannya tidak bebas dan terkawal.

Sama juga dengan sikap
wanita yang memang sejak awal gemar mengawal dan bila bersama dengan teman lelaki atau suami, dia tidak dapat membuang sikap suka mengawal tersebut ditambah pula dengan kegagalan si lelaki mengawal wanita tadi, lelaki pasti rasa jemu dan bosan.

Kalau sebagai teman le
laki, tidak mustahil wanita tadi akan ditinggalkan dan jika sebagai suami, tidak mustahil juga si suami akan mula pasang mata mencari wanita lain yang boleh memberikan ketenangan kepadanya. Paling buruk, lelaki akan mengambil pendirian keluar daripada perkahwinan.

Perkara paling penting, lelaki dan wanita, suami
dan isteri perlu faham dengan peranan dan tanggungjawab masing-masing di dalam rumahtangga. Jika masing-masing memahami dan menjalankan tanggungjawab masing-masing, tak kisahlah king control atau Queen control, rumah tangga akan aman dan bahagia, insyaAllah.



bf farrah sllu ckp dgn farrah....
"b tak suke Queen Control.!!"




p/s: ade sbb knp farrah kdg2 jdi queen control...



❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

4 comments:

♥FaTinFazLan♥ said...

both of us king n queen control..hahaha..mcm na lak 2??ekekeke

..:: 公主FaRRaH::.. said...

hehehe...
lau dua2 mcm tu, xde la ssh sgt kot..
sbb msing2 phm knp prlu jdi king n queen control...
tpi sesuai la king n queen control..
ble king o queen control kwen dgn rakyat biase, tu pyh sikit kot..
ngeh3~

♥FaTinFazLan♥ said...

hahahaha..ok la kalau mcm g2~
any way..........smga berkeklan ngan ur hubby..

..:: 公主FaRRaH::.. said...

hehehe...
tengs dear...
hope u pown berkekalan dgn mnjer u tu...'=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...