Showing posts with label bee. Show all posts
Showing posts with label bee. Show all posts

Sunday, March 4, 2012

welcome March !


Assalamualaikum. ^_^

Lame tak update blog ni.. dah bersawang agaknya..
Farrah busy sangat-sangat. tak tahu la ape yang busy sangat tu. hehehe...

Semalam farrah hantar Incik Cinta pergi Puncak Perdana. Dia sambung degree kat sana.
Tapi kami bertolak dari segamat hari Jumaat malam.
Malam tu kami tidur di Rumah Makcik Incik Cinta di USJ.

Sabtu pagi pukul 8 lebih kami gerak ke Puncak Alam dulu.
Hantar barang-barang Syafiq Marzuki.
Lepas tu baru ke Puncak Perdana.

Lepas je daftar, kami gi shopping kat GIANT n tengok wayang kat JUSCO.
Petang sabtu saya gerak balik Segamat.
Sedih sangat-sangat nak tinggalkan Incik Cinta.
Duduk berjaohan banyak cabaran dan dugaan.
Adakah kami mampu mengharungi cabaran dan dugaan tu. ?



my bufday present





Dear Azrul Nizam Bin Suliman,
bee, sekarang ni bee dah berada jaoh dengan honey. lagi jaoh dari sebelum ni. bee, jangan nakal-nakal taw. 
bee, jangan lupa makan. jangan lupa solat. 
Selalu berdoa mintak ALLAH panjangkan umur kita, jodoh kita dan murahkan rezeki kita. 
Bee, thanks for the PERFUME. Secret Essence inspired by GUCCI FLORA. wangi sangat-sangat. banyak sebenarnya nak cakap, tapi malu la. HAHA. k la. loveyou sayang.

❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Wednesday, January 11, 2012

setahun bersama Incik Cinta


Assalamualaikum .. ^_^

hari ini hari anniversary saya dengan Incik Cinta saya.
dah setahun kami mengharungi suka duka bersama. (baru setahun kot, cara cakap macam dah 10 tahun)
Incik Cinta aka Moxcit aka Bruno Mars tak kurus aka DITA
kekasih hati saya yang selalu ada untuk saya iaitu:
AZRUL NIZAM B. SULIMAN.

Azrul Nizam B. Suliman,
sangat penyabar. romantik. sweet. 
dia sangat-sangat sayangkan saya. 

This 1st anniversary kami tak dapat celebrate sama-sama.
Sebab dia jauh dari saya.
Incik Cinta di Kota Tinggi.
Saya di Segamat.
Lagi pun sekarang ni saya sibuk dengan tugas dan tanggungjawab saya.
Tapi, saya tak kesah kalau tak dapat celebrate same-same asalkan kami saling mencintai antara satu sama lain.


pizza hut segamat.

kfc segamat

melaka

dataran pahlawan, melaka

lepas makan kat MCDOTA

jusco Tebrau.

Incik Cinta :
Sayang. terima kasih sebab terima saya hamba yang serba kekurangan ini jadi peneman hidup awak. Beri saya kasih sayang, cinta dan masa khas untuk saya. Terima kasih sebab sabar dengan kerenah saya yang sangat manja macam budak umur 5 tahun. Terima kasih sebab sentiasa ada untuk saya. 11.januari. 2011 tarikh yang memberi saya sinar kehidupan yang baru.Saya harap hubungan kita tidak berakhir dengan kesedihan. Saya berharap kita sama-sama dapat membina sebuah keluarga bahagia hingga akhir hayat. Impian saya selain dari berjaya dalam hidup, adalah untuk bersama awak selamanya.


Doakan kami kekal bahagia bersama selamanya. 
AMIN.

❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Monday, January 2, 2012

♥ Welcome 2012. Bye bye 2011 ♥


Assalamualaikum. ^_^

Saya rasa belum terlambat utnuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua.
2012 bukan 2011 lagi. 
Tahun baru ni tak meriah mane pun bagi saya.
sebab Isnin tak cuti. huaarrgghhh... T_T
2011 banyak sangat kenangan manis dan pahut saya lalui.
kenangan manis mesti la bersama Incik Cinta, Family, BFF dan kawan-kawan kat UiTM Segamat.
tapi banyak kenangan manis saya bersama Incik Cinta kat UiTM Segamat.


2011: 
saya officially jadi kekasih hati Azrul Nizam b Suliman.
saya dilantik semula sebagai Jawatankuasa Perwakilan Kolej 2011/2012.
Holiday bersama FAMILY. 
saya dapat Katak BESAR punya. 
saya dapat ramai kawan.
saya lebih berkeyakinan.

2012: 
saya GRADUATE. (insyaallah)
saya sambung DEGREE (insyaallah)
saya bertunang (tipu je)



by the way, bila tahun baru.
mesti ada Azam baru kan.
tapi AZAM baru tahun ni sebenarnya tak fikir lagi.
bila-bila masa je boleh berazam. 
tak semestinya bila tahun baru je azam baru.
betul tak ?
^_^

HAPPY NEW YEAR
♥ Welcome 2012. Bye bye 2011 ♥




❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday #10




❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Sunday, December 11, 2011

11 month !



alhamdulillah.
11.12.11
genap 11 bulan saya dan Incik Cinta mengenali antara satu sama lain. Tapi kami masih mencuba untuk membaiki mana-mana kelemahan antara satu sama lain. Terima kasih kepada Incik Cinta sebab masih bersabar dengan kerenah saya.

Sejak semester baru bermula. Saya sibuk yang teramat sangat.Kami jarang luangkan masa bersama. Dulu masa belajar di satu kampus, masih ada masa untuk berjumpa, lunch sama. Tapi sekarang ni. Masa yang diluangkan bersama sangat sangat la sikit. Its VERY HARD for me to face this situation. ! :')
Bersabar ! Bersabar ! dan terus bersabar.
hanya itu yang mampu saya lakukan.


for Azrul Nizam:
bee, terima kasih untuk segalanya. terima kasih sebab masih bersama saya walaupun banyak kali saya susahkan awak. banyak kali saya marah awak. banyak kali saya buat awak rimas. saya hanya perlukan perhatian dari awak. awak banyak kali tolak ansur dan bersabar dengan saya. saya sentiasa menunggu awak datang berjumpa saya. InsyaALLAH saya akan luangkan masa untuk awak. sepanjang perkenalan kita. banyak benda saya dengar tentang awak. ramai orang tak bersetuju saya berkawan dengan awak. tapi makin lama saya kenal awak. saya makin yakin yang awak tak seperti apa yang mereka katakan. sayang, buktikan pada semua orang yang awak bukan lelaki seperti itu. saya percaya awak. tolong jangan buat saya hilang kepercayaan pada awak. saya sayang awak ! iloveyou n imissyousomuch !












counting our 1st anniversary.
11.1.11 ---> 11.1.12

❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Saturday, December 10, 2011

Dia


dulu.
bile aku ada masalah. si Dia sentiasa disisi.
bile aku lapar. si Dia sentiasa disisi.
bile aku menangis. si Dia sentiasa disisi.
bile aku marah. si Dia sentiasa disisi.

sekarang.
bile aku ada masalah. si Dia hanya mampu mendengar.
bile aku lapar. si Dia hanya mampu mendengar.
bile aku menangis. si Dia hanya mampu mendengar.
bile aku marah. si Dia hanya mampu mendengar.

aku rindu kau. !
dulu kau selalu ada disisi aku.
dulu kau selalu buat aku ketawa dengan perangai kau.
dulu kau selalu buat aku tersenyum.






saya rindu awak Azrul Nizam b Suliman.
T_T

❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Sunday, November 6, 2011

Love Quotes


Assalamualaikum..


dah seminggu lebih saya tak jumpe Incik Cinta saya.
Incik Cinta di Kota Tinggi.
Saya di Segamat.
imissyou sayang !


I Miss How You ALWAYS Made Your Time for ME! Forever meant nothing to me, Until I MET You !

❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Friday, November 4, 2011

aku bersyukur padaMu ya ALLAH.


Assalamualaikum.^_^

4 november 2011
tarikh keramat untuk pelajar diploma di UiTM.
RESULT exam telah dihantar melalui email  !

Kepada pelajar yang berpenat lelah, bertungkus lumus, bersengkang mata untuk menghadapi peperiksaan akhir.
Saya harap keputusan yang anda terima tidak mengecewakan anda. 
Pada yang tidak mencapai target, semester hadapan berusaha dengan lebih gigih lagi.


 

Alhamdulillah.
Saya bersyukur dengan keputusan yang saya dapat, 
 Mr. Dean List not my MR. RIGHT for this semester.
but i'll make sure Mr. Dean List is my MR.RIGHT for next semester.
aja aja fighting !


By the way, 
Congratulation to Incik Cinta because Ms. Dean List always with him. 
"sayang, you grad dengan Ms. Dean List you sayang.. 
a little bit jealous, but i'm happy with your achievement.. 
alhamdulillah. "




Saya, 
Nor Farrahlina Binti Tumpang. 
DQS part 6. 
Exco Keusahawanan,
Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sektor C. (JPK)




❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday #9



❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Tuesday, November 1, 2011

bye bye sweet OCTOBER. welcome NOVEMBER.


Assalamualaikum. ^_^



selamat tinggal Oktober. 

WELCOME  NOVEMBER.
saya harap November tahun ini lebih bermakna.

bulan November

Tarikh lahir ibu bapa saya yang sangat saya sayangi.
Ibu saya dilahirkan pada 8 NOVEMBER 1966
Ayah saya dilahirkan pada 11 NOVEMBER 1963

Semoga ALLAH panjangkan umur,diberikan kesihatan yang baik, dan murahkan rezeki. 
AMIN

hari ini sayang saya dah start kerja.
Alhamdulillah...


November, 
plizz be good to me yaa..







❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Saturday, October 29, 2011

pertama kali memandu sendiri ke JOHOR BAHRU


Assalamualaikum .. ^_^



pertama kali saya memandu ke JB memberi banyak kenangan.

Sebelum tu saya minta anda semua sedekah kan AL-FATIHAH kepada kawan saya yang baru sahaja meninggal dunia pada 25 oktober 2011 selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. 
Mohamad Shukery Bin Ali.  semoga roh dia dicucuri rahmat. AMIN.


Mula-mula saya memandu dari Segamat ke Muar. Dan kembali ke Segamat semula untuk menjemput kawan adik saya. Lepak mcd untuk dinner. Lepas je Maghrib, saya terus memandu ke Johor Bahru. So tired drive from Segamat - Muar, Muar - Segamat, dan Segamat - JB. Dah macam driver bas dah wey...
Sesampai je JB, terus menuju ke Pusat Bandar. Saya hanya tahu jalan ke Pasar Karat sahaja. Because , that place i went for twice. Puas cari jalan untuk menuju ke Angsana. Rumah Bff saya di Pangsapuri yang berdekatan dengan Plaza Angsana. FINALLY. Jumpa jugak rumah BFF saya tu. Tu pun dari pertolongan Incik Cinta.

"thanks sayang"

Pagi tu gerak dari Pangsapuri Bff saya pukul 7. tak tahu nak gi mane. Call Incik Cinta, pergh memang senang nak angkat. grrrrr... so saya decide to pick up him at his house di Kota Tinggi. Pukul 8 saya dah sampai rumah Incik Cinta, dia tengah mandi...  haiyooo... Ini budak memang nak kene sekeh ni.. Lepas breakfast kat rumah Incik Cinta, kami gerak ke Jusco Tebrau. Rancangan kami nak tengok wayang. Tapi cerita yang kami nak tengok tu takde. So kami tukar plan. Mula-mula lunch kat foodcourt. Then main basketball, main something like city hunter, dan saya main pukul-pukul yang ala-ala pukul buaya tu. Pertama kali kami main permainan macam tu. We having a great moment as childish.

Then next destination is Plaza Angsana untuk cari tudung untuk mak Incik Cinta. Puas pusing kat dalam Angsana tu, tapi still tak dapat tudung yang sesuai. ishhh.. susah jugak kalau shopping kat tempat yang kita jarang pergi. Akhirnya setelah penat mencari tapi masih tidak ade yang berkenan di mata.

Pukul 1 lebih, saya hantar Incik Cinta balek rumah. Then terus gerak balek Segamat. Hujan lebat gyler sepanjang perjalanan. Alhamdulillah. Tepat pukul 6 saya sampai rumah.

Perjalanan yang tak dirancang sememangnya banyak mengajar saya erti sabar. 









❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Sunday, October 23, 2011

Azrul Nizam, tak suka saya menangis.








Incik Cinta, akan sedaya upaya buat saya berhenti menangis..
Bila saya berhenti menangis.

I'M THE AWESOME WOMAN.







❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

♥ aku suka dia ♥


Assalamualaikum. ^_^

Aku suka dia.

Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka dia…




 





Azrul Nizam, 
sebenarnya aku suka kau dari pertama kali kita bertentang mata. 
Bila kau selalu dekat dengan aku, aku mula mencintai kau.
Terima kasih sebab selalu ada untuk aku.
Aku Cinta Kau.


❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Thursday, October 20, 2011

Spontaneous Thursday#2


Azrul Nizam Bin Suliman,
sorry honey tak dapat datang hari ini. 
i'm SORRY.
iloveyou !

kbai.
❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Sunday, October 16, 2011

16 Oct 2011


hye... hari ini saya masak special untuk Incik Cinta saya... saya masak makanan kegemaran dia. Ayam masak Kicap. kesian Incik Cinta kena tunggu lama sebab saya lambat hantar... lunch on 3 pm.. "sorry bee... honey busy plus leka ... tu yang lambat sikit... " 
Kami berkelah kat bawah baiduri.. tak pernah ade moment ni... saya pun tak pernah masak untuk dia.. hari ini tiba-tiba saya nak dia makan ape yang saya masak... saya tanya dia. saya masak sedap ke tak.. dia jawab " tak cukup " haizzz... tak menjawab soalan langsung... 
Lepas makan lepak-lepak , berbual-bual. lepaskan rindu setelah 2hari tak jumpa... insyaallah.. hari selasa ni saya datang melawat Incik Cinta lagi... kali ni menu lain pulak... hopefully masakan saya tak buat Incik Cinta food poisoning... teheee.... ^_^
Lagi seminggu Incik Cinta dan saya akan berjaohan.. semester hadapan Incik Cinta dah tak ade kat UiTM Segamat. sebab Incik Cinta dah grad... :( sedey..
btw, saya akan sentiasa menunggu Incik Cinta menunaikan janji Incik Cinta.


ayah Athirah Izzati sakit yang agak kritikal. 
saya harap ayah dia cepat sembuh seperti biasa...
kawan-kawan tolong doakan agar ayah Athirah Izzati iaitu Makhul bin Munajat kembali sihat seperti sediakala. 
AMIN.


❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Thursday, October 6, 2011

Spontaneous Thursday#1



awak,


saya minta maaf sebab saya buat awak menangis dan marah hari ini. 
saya minta maaf sebab saya mampu senyum je bila awak buat lawak hari ini.
saya minta maaf sebab saya balas mesej awak, "okay" "hurm" "yela" hari ini.
saya minta maaf sebab saya tak banyak membebel hari ini.
saya minta maaf sebab saya tak nak study hari ini.
saya minta maaf sebab saya tak de mood hari ini.
saya minta maaf jika layanan saya SANGAT TERUK hari ini.


saya harap HARI INI je saya macam ni.
esok saya akan kembali seperti biasa.

AZRUL NIZAM bin SULIMAN.
saya NOR FARRAHLINA binti TUMPANG.
rindu awak sangat-sangat !


❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday #6





❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Thursday, September 15, 2011

Bruno Mars...



sambil study saya dengar lagu, online, chatting, n blogging....
hebat tak ?
haha !
esok ade test...
test terakhir untuk semester ni...
Ya Allah permudahkan la aku dan kawan-kawan aku untuk jawab soalan test esok hari...
amminnn ....
almost dua minggu terseksa babe....
merempat kat bilik Athirah Izzati buat assignment plus study...
hurrmmm...
rindu tilam kat SMK 130A
:')
tapi apekan daya...
untuk berjaya... kene la berkorban sikit...
esok terakhir babe !
TERAKHIR !
lepas test nak terus balek rumah...
tak nak fikir pape pasal assignment or test or whatsoever la...
lepas ni demam EXAM pulak...
first paper on 21st September 2011

actually post ni nak citer pasal Bruno Mars...
lagu-lagu dy semua best-best taw !
pape pun saya lebih suka Bruno Mars yang tak kurus saya...
sumpah saya rindu gyler kat Bruno Mars yang tak kurus tu...
 
 

List lagu yang best from Bruno Mars:




❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Monday, September 12, 2011

ade cerita , tak ade tajuk...


hello peeps..
hari ini hari ISNIN ...
patutnya hari ini kelas full dari pukul 8 hingga pukul 6 petang...
tiba-tiba rasa macam semua cancel..
yang tak cancel pun, sengaja di cancel kan..
huwaaaahaaaha...
esok ade Vyva presentation entreprenuer...
so tibe la mase untuk siapkan Powerpoint untuk esok..

semalam saya kuar dating dengan Mat Jamboo saya...
abes satu segamat pusing cari baju untuk Pre graduation Night Mat Jamboo saya..
cari sampai puas hati...
akhirnya JUMPE jugak baju yang sesuai kot..
saya tak tahu fesyen ape yang Mat Jamboo saya nak pakai..
yang penting nampak ELEGANCE..
nak ikut Tema la katekan...
macam ni ke ?
 
 
 
 
yang penting saya lebih suka Mat Jamboo saya macam ini... 
 
semalam dinner Qs + Cs ..
congrats for Exco Qs n Cs ...





next post about Dinner Qs + Cs.

❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Wednesday, September 7, 2011

Wordless Wednesday #4







he is my MAT JAMBOO...
^__^
weeeee.......
iloveyou
mat jambu @ mat bunga @ Gemox @ bee saya...





❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...