Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha




Assalamualaikum ^_^

Salam Aidiladha kepada semua umat Islam.
asal usul aidiladha adalah cerita Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Ismail.



" Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T. "


Impian saya, nak hantar kedua ibu bapa saya menunaikan haji.
Semoga saya dapat mencapai impian saya itu.
Amin.

❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Monday, September 5, 2011

post khas hari raya


hari ini baru la saya dapat update blog ni...
haissshhh....
disebabkan cousin yang comel-comel tu tak berhenti main game onlinee...
saya sebagai kakak kene la mengalah....
Hari Raya kedua tak gi mana-mana pun...
makcik dari KL datang berkampung kat rumah...

keesokkan harinya baru gi beraya semula...
malam baru balek rumah...
penat gyler raya kali ni...
dengan sedara yang datang tak berhenti-henti...
naseb baek setahun sekali....
kalau tak raya mesti tak jumpe dyowang langsung...
yela masing-masing busy dengan kerja..

sabtu aritu gi dating dengan bee saya...
tapi bawak adek saya n kawan dy...
mula-mula gi beraya...
lepas tu gi makan kat Pizza Hut...

"bee you look so sweet wear PINK t-shirt !"
"suka sangat-sangat tengok awak dengan PINK t-shirt !" 
"next tyme kuar dengan saya wear that t-shirt okay ?"
iloveyousayang !

now saya dah kat UiTM diHATIku...
^__^






❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Wednesday, August 31, 2011

1 syawal 1432H


alhamdulillah...
1 syawal 1432H
pagi-pagi dah bangun...
gosok baju melayu ayah, baju melayu adek, baju kurung ibu n jubah saya...
^__^
ibu pulak sibuk memasak kat dapur...
lepas je balek sembahyang raya...
MAKAN TIME !
weeee~ (",)v
MENU :
rendang ayam
ayam masak merah
daging 
sambal kacang
sayur lodeh
 ketupat !

alhamdulillah...
kenyang suda...
lepas tu masa mintak ampun dan maaf dengan kedua ibu bapa saya...
mula la sesi menangis...
(",)
selesai suda sesi bermaaf-maafan
then siap-siap nak berkunjung ke rumah atuk di Kg Sepinang...
lame gak la kat sane..
duduk berbual dengan sanak saudara...
then lepas zohor gerak balek rumah sebab ade sedara jaoh nak datang...
sampai je rumah terus siap-siapkan ape yang patut..
sekali 3 kereta serbu rumah !
ohmaigod...
penuh  rumah... :)
tak lame je tetamu pertama balek...
datang lagi tetamu kedua..
iaitu makcik makcik saya...
^__^
memang riuh rumah..
tak menang tangan saya nak wat kerja...
balek je semua tetamu-tetamu tu...
saya tidow ...
hehehe.... 
malam ni tak wat ape-ape n tak gi mane-mane....
^__^
esok beraya lagi !











SELAMAT HARI RAYA...
MAAF ZAHIR DAN BATIN...








❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya !


nak berpantun dulu la.
 
Pagi Hari Pergi Ke Pekan,
Pergi membeli ikan,
Selamat Hari Raya Saya Ucapkan,
Salah dan Silap Harap Dimaafkan.

Saya disini menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari semua yang mengenali diri ini.. 
Halalkan makan dan minum saya...
Minta maaf jika :
tersalah kata..
termaki dengan tak sengaja..
buat muka sombong bile terserempak...
terkasar bahasa..
sorry sangat-sangat ye..
tapi siapa rasa-rasa masih tak maafkan saya sila la berjumpa saya..
saya nak tahu kesalahan ape yang saya lakukan sampai saya tak dimaafkan...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
MAAF ZAHIR DAN BATIN....





❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Saturday, August 27, 2011

Lagu Raya !


hye...
lagu raya kegemaran saya ...
Suasana Di Hari Raya by Anuar dan Ellina...

nikmatilah lagu raya kegemaran saya...











❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...