Showing posts with label my parents. Show all posts
Showing posts with label my parents. Show all posts

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha




Assalamualaikum ^_^

Salam Aidiladha kepada semua umat Islam.
asal usul aidiladha adalah cerita Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Ismail.



" Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T. "


Impian saya, nak hantar kedua ibu bapa saya menunaikan haji.
Semoga saya dapat mencapai impian saya itu.
Amin.

❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Tuesday, November 1, 2011

bye bye sweet OCTOBER. welcome NOVEMBER.


Assalamualaikum. ^_^



selamat tinggal Oktober. 

WELCOME  NOVEMBER.
saya harap November tahun ini lebih bermakna.

bulan November

Tarikh lahir ibu bapa saya yang sangat saya sayangi.
Ibu saya dilahirkan pada 8 NOVEMBER 1966
Ayah saya dilahirkan pada 11 NOVEMBER 1963

Semoga ALLAH panjangkan umur,diberikan kesihatan yang baik, dan murahkan rezeki. 
AMIN

hari ini sayang saya dah start kerja.
Alhamdulillah...


November, 
plizz be good to me yaa..







❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...