Saturday, October 29, 2011

pertama kali memandu sendiri ke JOHOR BAHRU


Assalamualaikum .. ^_^



pertama kali saya memandu ke JB memberi banyak kenangan.

Sebelum tu saya minta anda semua sedekah kan AL-FATIHAH kepada kawan saya yang baru sahaja meninggal dunia pada 25 oktober 2011 selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. 
Mohamad Shukery Bin Ali.  semoga roh dia dicucuri rahmat. AMIN.


Mula-mula saya memandu dari Segamat ke Muar. Dan kembali ke Segamat semula untuk menjemput kawan adik saya. Lepak mcd untuk dinner. Lepas je Maghrib, saya terus memandu ke Johor Bahru. So tired drive from Segamat - Muar, Muar - Segamat, dan Segamat - JB. Dah macam driver bas dah wey...
Sesampai je JB, terus menuju ke Pusat Bandar. Saya hanya tahu jalan ke Pasar Karat sahaja. Because , that place i went for twice. Puas cari jalan untuk menuju ke Angsana. Rumah Bff saya di Pangsapuri yang berdekatan dengan Plaza Angsana. FINALLY. Jumpa jugak rumah BFF saya tu. Tu pun dari pertolongan Incik Cinta.

"thanks sayang"

Pagi tu gerak dari Pangsapuri Bff saya pukul 7. tak tahu nak gi mane. Call Incik Cinta, pergh memang senang nak angkat. grrrrr... so saya decide to pick up him at his house di Kota Tinggi. Pukul 8 saya dah sampai rumah Incik Cinta, dia tengah mandi...  haiyooo... Ini budak memang nak kene sekeh ni.. Lepas breakfast kat rumah Incik Cinta, kami gerak ke Jusco Tebrau. Rancangan kami nak tengok wayang. Tapi cerita yang kami nak tengok tu takde. So kami tukar plan. Mula-mula lunch kat foodcourt. Then main basketball, main something like city hunter, dan saya main pukul-pukul yang ala-ala pukul buaya tu. Pertama kali kami main permainan macam tu. We having a great moment as childish.

Then next destination is Plaza Angsana untuk cari tudung untuk mak Incik Cinta. Puas pusing kat dalam Angsana tu, tapi still tak dapat tudung yang sesuai. ishhh.. susah jugak kalau shopping kat tempat yang kita jarang pergi. Akhirnya setelah penat mencari tapi masih tidak ade yang berkenan di mata.

Pukul 1 lebih, saya hantar Incik Cinta balek rumah. Then terus gerak balek Segamat. Hujan lebat gyler sepanjang perjalanan. Alhamdulillah. Tepat pukul 6 saya sampai rumah.

Perjalanan yang tak dirancang sememangnya banyak mengajar saya erti sabar. 









❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Sunday, October 23, 2011

Azrul Nizam, tak suka saya menangis.








Incik Cinta, akan sedaya upaya buat saya berhenti menangis..
Bila saya berhenti menangis.

I'M THE AWESOME WOMAN.







❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

♥ aku suka dia ♥


Assalamualaikum. ^_^

Aku suka dia.

Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka dia…




 





Azrul Nizam, 
sebenarnya aku suka kau dari pertama kali kita bertentang mata. 
Bila kau selalu dekat dengan aku, aku mula mencintai kau.
Terima kasih sebab selalu ada untuk aku.
Aku Cinta Kau.
♥


❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Saturday, October 22, 2011

Tip Kawal Kemarahan



Assalamualaikum...
hari ini saya pergi jumpe Incik Cinta di UiTM Segamat plus memeriahkan lagi majlis perasmian KARISMA di UiTM. tahun ni UiTM Segamat tuan rumah. so memang meriah la..Tahun lepas saya jadi ATLET wakil UiTM, tahun ni saya jadi penonton sahaja.. dah pencen. HAHA !
disini saya nak kongsi beberapa tip untuk kawal kemarahan. 
Lately saya asyik marah-marah je... 
so HERE are the TIP:
1) TANYA METER KEMARAHAN KAMU 
-sebelum melepaskan kemarahan, cubalah kamu berfikir apakah kemarahan kamu itu akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara ? Persoalan ini akan memberi kamu ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan jika kamu dapat jawapannya, pasti kamu akan lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan kamu itu.

2) FIKIR AKIBAT YANG BAKAL BERLAKU
-Fikirkan sejenak kesan buruk jika kamu melepaskan kemarahan kamu. Adakah tindakan melepaskan kemarahan itu meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang ? Jika benar lebih baik kamu bertenang, dan andainya kemarahan kamu melibatkan perkara yang kecil lebih baik, lupakan saja.

3) LETAKKAN DIRI KAMU SEBAGAI MANGSA
-Ketika marah cuba letakkan diri kamu sebagai diri orang yang kamu marahi. Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap kamu. Contohnya, jika kamu berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.
4) KIRA DALAM HATI
-Ketika kemarahan kamu sedang memuncak, cuba buat kiraan satu hingga sepuluh dalam hati dengan keadaan tenang tanpa berkata apa-apa. Walaupun kaedah ini tidak membantu kamu untuk memadamkan kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan kamu itu.
5)PEJAMKAN MATA SEKETIKA
-Ketika marah, pejamkan mata kamu dan bayangkan kamu sedang berada di sebuah pulau percutiaan yang teristimewa bersama orang tercinta. Jika keadaan tidak mengizinkan untuk kamu memejamkan mata, cukuplah dengan hanya membawa fikiran kamu jauh ke sana.

6)TARIK NAFAS PERLAHAN-LAHAN
-Antara cara yang paling mudah ialah dengan menumpukan perhatian pada teknik pernafasan kamu. Fokus cara pernafasan kamu dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengar bunyi pernafasan kamu dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan perasaan.

7)LUAH PADA INDIVIDU TERSAYANG
-Jika kesemua cara ini masih belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, kamu boleh meluahkan perasaan itu pada orang lain antaranya teman-teman ataupun pakar kaunseling agar kamu tidak dibelenggu dengan kemarahan sendiri.




Selain itu banyak lagi sebenarnya cara untuk kita mengawal kemarahan kita. So fikir-fikir dan renung-renungkan lah.




sumber : Remaja (1 okt 2011)





❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Thursday, October 20, 2011

Spontaneous Thursday#2


Azrul Nizam Bin Suliman,
sorry honey tak dapat datang hari ini. 
i'm SORRY.
iloveyou !

kbai.
❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...