Assalamualaikum...
hari ini saya pergi jumpe Incik Cinta di UiTM Segamat plus memeriahkan lagi majlis perasmian KARISMA di UiTM. tahun ni UiTM Segamat tuan rumah. so memang meriah la..Tahun lepas saya jadi ATLET wakil UiTM, tahun ni saya jadi penonton sahaja.. dah pencen. HAHA !
disini saya nak kongsi beberapa tip untuk kawal kemarahan.
Lately saya asyik marah-marah je...
so HERE are the TIP:
1) TANYA METER KEMARAHAN KAMU
-sebelum melepaskan kemarahan, cubalah kamu berfikir apakah kemarahan kamu itu akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara ? Persoalan ini akan memberi kamu ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan jika kamu dapat jawapannya, pasti kamu akan lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan kamu itu.
2) FIKIR AKIBAT YANG BAKAL BERLAKU
-Fikirkan sejenak kesan buruk jika kamu melepaskan kemarahan kamu. Adakah tindakan melepaskan kemarahan itu meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang ? Jika benar lebih baik kamu bertenang, dan andainya kemarahan kamu melibatkan perkara yang kecil lebih baik, lupakan saja.
3) LETAKKAN DIRI KAMU SEBAGAI MANGSA
-Ketika marah cuba letakkan diri kamu sebagai diri orang yang kamu marahi. Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap kamu. Contohnya, jika kamu berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.
4) KIRA DALAM HATI
-Ketika kemarahan kamu sedang memuncak, cuba buat kiraan satu hingga sepuluh dalam hati dengan keadaan tenang tanpa berkata apa-apa. Walaupun kaedah ini tidak membantu kamu untuk memadamkan kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan kamu itu.
5)PEJAMKAN MATA SEKETIKA
-Ketika marah, pejamkan mata kamu dan bayangkan kamu sedang berada di sebuah pulau percutiaan yang teristimewa bersama orang tercinta. Jika keadaan tidak mengizinkan untuk kamu memejamkan mata, cukuplah dengan hanya membawa fikiran kamu jauh ke sana.
6)TARIK NAFAS PERLAHAN-LAHAN
-Antara cara yang paling mudah ialah dengan menumpukan perhatian pada teknik pernafasan kamu. Fokus cara pernafasan kamu dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengar bunyi pernafasan kamu dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan perasaan.
7)LUAH PADA INDIVIDU TERSAYANG
-Jika kesemua cara ini masih belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, kamu boleh meluahkan perasaan itu pada orang lain antaranya teman-teman ataupun pakar kaunseling agar kamu tidak dibelenggu dengan kemarahan sendiri.
Selain itu banyak lagi sebenarnya cara untuk kita mengawal kemarahan kita. So fikir-fikir dan renung-renungkan lah.
sumber : Remaja (1 okt 2011)
No comments:
Post a Comment