Saturday, December 31, 2011

BFF = Best Friend Forever



Assalamualaikum ^_^

BFF.
Best Friend Forever. Insyaallah.
Dah lame plan nak keluar same-same.
Tapi masing-masing sibuk dengan tugas yang ada.
Nor Khalidah sekarang ni praktikal.
Nurul Azuahani sekarang ni kerja sebagai pembantu makmal di JB.
So tinggal saya yang masih belajar.

We having a great moment together.
Makan kat McDota.
Shopping kat KipMart (kipmart baru buka, jakun kejap)








Hopefully persahabatan kita kekal selamanya.
Loveyou

❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday #10




❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Monday, December 12, 2011

Mr. Calculator VS Ms. Alphabet


Assalamualaikum.. ^_^

hari ini saya nak cerita. Betapa pentingnya kalkulator ini dalam hidup saya. ^_^
Bila awak semua mula menggunakan kalkulator ni ?
Saya mula guna sejak sekolah rendah.
Kepada sesiapa yang suka matematik. KALKULATOR ini ibarat Boyfriend dia.
Saya memang suka matematik sejak sekolah tadika lagi. Saya rasa mengira lagi senang dari membaca.
Mengira jawapan kene tepat.
Tapi kalau membaca. Jawapan boleh reka sendiri asalkan kita tahu isi penting.
Sejak dari sekolah rendah. Subjek yang selalu A mesti matematik. tapi subjek Sejarah mesti B or C.
Betapa tak sukanya saya membaca dan menghafal.

Diploma saya amik Quantitative Science.
Ape tu Quantitative Science ? belajar sains ke ? keluar kerja doktor ke ?
Bukan la.. Quantitative Science ini belajar ilmu matematik dengan lebih mendalam.
Subjek Calculus memang banyak gyler. Pre-calculus. calculus I, calculus II, calculus III.
Tapi kami ade jugak belajar subjek Statistic.
Yang paling penting !
Mr. CALCULATOR is always with ME !
hari-hari berdating dengan dia. Asal degil sikit je, saya ketuk dia. hahaha !

Membaca dan menghafal itu kegemaran Incik Cinta. Saya tak faham kenapa la suka sangat membaca ni.
Tak rasa ke membaca ni boring, mengantuk. ?
Incik Cinta saya jurusan Diploma Pengurusan Maklumat. Majoriti subjek dia membaca dan menghafal.
Final exam je soalan essay 20markah. 3 or 4 soalan. omaigod ! (mati aku)
Kalau saya tu tak tahu ape nak membebel. Tapi cuba bagi dia soalan matematik. hehehehe...
February ade 30 hari . HAHAHA !
"sorry bee. saya teringat ayat awak cakap 30hb 2."

Itu la beza antara kami.
Tapi Incik Cinta ni selalu perli saya. Dia cakap kalau nak cakap dengan saya kena cakap ikut skema jawapan. Macam matematik. Kena ikut skema jawapan. baru boleh dapat full marks.
bukan main lagi dia mengata saya. sekeh nanti baru dia tahu.

Itu la kisah Mr. Calculator VS Ms.Alphabet.







❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Tag from my Twin, Eyda ♥


Assalamualaikum ^_^

sekarang jam saya menunjukkan pukul 12.20am
saya masih menunggu panggilan dari Incik Cinta.
so sementara menunggu Incik Cinta saya ni.
saya nak wat la tag yang saya dapat dari Eyda .


here are the RULES

  • You must post these rules in your entry.
  • Each person must post themselves in journal.
  • Answer the question that tagger had sent for you in their post.
  • Create 11 new questions for the people you have tagged to answer.
  • You must choose 11 people to tag and link them in your post.
  • Go to their page and tell them that you have tagged HIM/HER.
  • No tag back allowed.
  • No stuff in tagging section about/ YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS /you legitimately / aka REALLY with ALL HONESTLY / have tagged 11 people.



dah baca RULES tu ?
so here are some question yang Miss Eyda ni tanya saya.
Bismillahirahmanirahim.

Question: Jika anda diberi peluang, negara mana yang anda ingin lawat ?
Ans : Australia 

Question: Apa perkara pertama yang terlintas di fikiran bila bangun dari tidur ?
Ans : Mana Hp saya ! 

Question : Anda single, in relationship, berkahwin atau tunang orang ?
Ans : tunang orang. ( tapi belum declare)

Question : Anda pernah tercirit dalam seluar tak ? HAHA..
Ans: mesti la pernah. Masa sekolah rendah. 
lepas tu stay dalam toilet sampai parents datang. :P

Question : Siapa nama cinta pertama anda ?
Ans : cinta pertama ? 
Azrul nizam cinta terakhir saya.amin
(sorry, saya tak nak sebut nama cinta pertama, sebab saya benci dia)

Question :Berapa bahasa anda boleh kuasai ?
Ans : 3 

Question : Kalau anda marah ape yang anda akan  buat ye ?
Ans : Marah orang yang buat saya marah dan lepas tu saya akan menangis. 

Question: Blog saya comey tak ? cuba beri komen sikit lehh tak ?
Ans: comey . mcm tuan tanah. 

Question : Lagu apa yang anda minati. Knp ?
Ans : Selamat malam. Faizal Tahir. 
 Sebab Incik Cinta akan nyanyikan lagu tu untuk saya sebelum saya tido.

Question: Artis mana yang anda menyampah sekali ?
Ans: Artis yang terlalu seksi.

Question : Apa pesanan anda untuk orang yang mengetag anda ini ?
Ans: Jaga diri baek-baek. Kesihatan tu jaga. 
tak mo active sangat..
bende yang dah lepas biarkan berlalu. yang kita masih hidup, teruskan hidup dan capai cita-cita dan impian kita. saya sentiasa menyokong kebaikan yang awak lakukan.
iloveyou Eyda !



okay. here some question for insan bertuah pada ketika ini.
  • siapakah orang yang paling anda sayang ? kenapa?
  • hadiah yang paling anda inginkan. ?
  • first love awak siapa ? macam mane ley jatuh cinta ?
  • bunyi kentut awak kuat tak ?
  • lepas makan, apa aktiviti awak ?
  • haiwan yang paling awak geli ? kenapa ?
  • lagu yang awak selalu dengar ?
  • makanan kegemaran awak ? kenapa? 
  • awak cantik ke ? siapa cakap ?
  • komen sikit belog saya ni boleh ?
  • bila kali pertama awak kenal saya ? dan apa perasaan dan first impression awak bile kenal saya ?



orang yang bertuah adalah:

Athirah Izzati

Nadiah Jamian. 

Aima Syamimi

Nur Azreena

Riena Redz

Amalina mohsin

Iffah mahfuzah

Shahz Niezarmx

Ferdaus Zulkifli

Mohamad Amri

Amer Syazwan



Selamat menjawab.
^_^
Assalamualaikum...

❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Sunday, December 11, 2011

11 month !



alhamdulillah.
11.12.11
genap 11 bulan saya dan Incik Cinta mengenali antara satu sama lain. Tapi kami masih mencuba untuk membaiki mana-mana kelemahan antara satu sama lain. Terima kasih kepada Incik Cinta sebab masih bersabar dengan kerenah saya.

Sejak semester baru bermula. Saya sibuk yang teramat sangat.Kami jarang luangkan masa bersama. Dulu masa belajar di satu kampus, masih ada masa untuk berjumpa, lunch sama. Tapi sekarang ni. Masa yang diluangkan bersama sangat sangat la sikit. Its VERY HARD for me to face this situation. ! :')
Bersabar ! Bersabar ! dan terus bersabar.
hanya itu yang mampu saya lakukan.


for Azrul Nizam:
bee, terima kasih untuk segalanya. terima kasih sebab masih bersama saya walaupun banyak kali saya susahkan awak. banyak kali saya marah awak. banyak kali saya buat awak rimas. saya hanya perlukan perhatian dari awak. awak banyak kali tolak ansur dan bersabar dengan saya. saya sentiasa menunggu awak datang berjumpa saya. InsyaALLAH saya akan luangkan masa untuk awak. sepanjang perkenalan kita. banyak benda saya dengar tentang awak. ramai orang tak bersetuju saya berkawan dengan awak. tapi makin lama saya kenal awak. saya makin yakin yang awak tak seperti apa yang mereka katakan. sayang, buktikan pada semua orang yang awak bukan lelaki seperti itu. saya percaya awak. tolong jangan buat saya hilang kepercayaan pada awak. saya sayang awak ! iloveyou n imissyousomuch !












counting our 1st anniversary.
11.1.11 ---> 11.1.12

❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Saturday, December 10, 2011

Dia


dulu.
bile aku ada masalah. si Dia sentiasa disisi.
bile aku lapar. si Dia sentiasa disisi.
bile aku menangis. si Dia sentiasa disisi.
bile aku marah. si Dia sentiasa disisi.

sekarang.
bile aku ada masalah. si Dia hanya mampu mendengar.
bile aku lapar. si Dia hanya mampu mendengar.
bile aku menangis. si Dia hanya mampu mendengar.
bile aku marah. si Dia hanya mampu mendengar.

aku rindu kau. !
dulu kau selalu ada disisi aku.
dulu kau selalu buat aku ketawa dengan perangai kau.
dulu kau selalu buat aku tersenyum.






saya rindu awak Azrul Nizam b Suliman.
T_T

❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday #10



❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Monday, November 7, 2011

SmaLL REUNION.


Assalamualaikum. ^_^


Hari ini saya keluar dengan kawan-kawan saya. Mula-mula ingat keluar berempat.
Saya, Yun, Kda, n Kamal. Tapi Yun tak dapat join atas sebab-sebab tertentu.

Mula-mula amik Kamal kat rumah dia. Lepas tu amik Kda pulak. 
Pukul 1 lebih gerak ke McDonald. 

McDonald lunch hour memang ramai.
Makan. 
Gosip. 
Bercerita tentang kehidupan di UiTM.

Kamal penuntut di UiTM Shah Alam. 
Engineering (Hons.) Chemical and Bioprocess.  
(ape payah benor la kos ko ni)

Kda penuntut di UiTM Lendu Melaka. 
Diploma in Office Management.

Lepas makan, kami gi KARAOKE !
Saya memang tak pernah karaoke. 

"Kamal,aku memang tak sangka ko boleh menari sambil menyanyi. HAHA"
" Kda, nice. Ko memang minah jiwang der. Hehehe "


Lepas karaoke, kami pergi jalan-jalan kat rock garden.
mengimbau kembali zaman kanak-kanak. 
kalau nak tahu, kat sekolah dulu kami la otai.
Kamal, ketua Pengawas. 
Kami ketua Mawas.
HAHA !

Btw, aku memang happy gyler dapat hang out dengan korang semua. 
Cuti sem ni tak la aku terperuk je dekat rumah. 








Friendship isn't about whom you have known the longest.
It is about who came, AND NEVER LEFT YOUR SIDE.
Friends are the most improtant ingredients in this recipe of life.


❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Sunday, November 6, 2011

Love Quotes


Assalamualaikum..


dah seminggu lebih saya tak jumpe Incik Cinta saya.
Incik Cinta di Kota Tinggi.
Saya di Segamat.
imissyou sayang !


I Miss How You ALWAYS Made Your Time for ME! Forever meant nothing to me, Until I MET You !

❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Salam Aidiladha




Assalamualaikum ^_^

Salam Aidiladha kepada semua umat Islam.
asal usul aidiladha adalah cerita Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Ismail.



" Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T. "


Impian saya, nak hantar kedua ibu bapa saya menunaikan haji.
Semoga saya dapat mencapai impian saya itu.
Amin.

❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Friday, November 4, 2011

aku bersyukur padaMu ya ALLAH.


Assalamualaikum.^_^

4 november 2011
tarikh keramat untuk pelajar diploma di UiTM.
RESULT exam telah dihantar melalui email  !

Kepada pelajar yang berpenat lelah, bertungkus lumus, bersengkang mata untuk menghadapi peperiksaan akhir.
Saya harap keputusan yang anda terima tidak mengecewakan anda. 
Pada yang tidak mencapai target, semester hadapan berusaha dengan lebih gigih lagi.


 

Alhamdulillah.
Saya bersyukur dengan keputusan yang saya dapat, 
 Mr. Dean List not my MR. RIGHT for this semester.
but i'll make sure Mr. Dean List is my MR.RIGHT for next semester.
aja aja fighting !


By the way, 
Congratulation to Incik Cinta because Ms. Dean List always with him. 
"sayang, you grad dengan Ms. Dean List you sayang.. 
a little bit jealous, but i'm happy with your achievement.. 
alhamdulillah. "




Saya, 
Nor Farrahlina Binti Tumpang. 
DQS part 6. 
Exco Keusahawanan,
Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sektor C. (JPK)




❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Thursday, November 3, 2011

Spontaneous Thursday#3



esok result exam kuar.

NERVOUS !

GOODLUCK kawan-kawan.

doakan saya dapat 3.5 and above ye kawan-kawan.
Amin !
❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday #9



❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Tuesday, November 1, 2011

bye bye sweet OCTOBER. welcome NOVEMBER.


Assalamualaikum. ^_^



selamat tinggal Oktober. 

WELCOME  NOVEMBER.
saya harap November tahun ini lebih bermakna.

bulan November

Tarikh lahir ibu bapa saya yang sangat saya sayangi.
Ibu saya dilahirkan pada 8 NOVEMBER 1966
Ayah saya dilahirkan pada 11 NOVEMBER 1963

Semoga ALLAH panjangkan umur,diberikan kesihatan yang baik, dan murahkan rezeki. 
AMIN

hari ini sayang saya dah start kerja.
Alhamdulillah...


November, 
plizz be good to me yaa..







❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Saturday, October 29, 2011

pertama kali memandu sendiri ke JOHOR BAHRU


Assalamualaikum .. ^_^



pertama kali saya memandu ke JB memberi banyak kenangan.

Sebelum tu saya minta anda semua sedekah kan AL-FATIHAH kepada kawan saya yang baru sahaja meninggal dunia pada 25 oktober 2011 selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. 
Mohamad Shukery Bin Ali.  semoga roh dia dicucuri rahmat. AMIN.


Mula-mula saya memandu dari Segamat ke Muar. Dan kembali ke Segamat semula untuk menjemput kawan adik saya. Lepak mcd untuk dinner. Lepas je Maghrib, saya terus memandu ke Johor Bahru. So tired drive from Segamat - Muar, Muar - Segamat, dan Segamat - JB. Dah macam driver bas dah wey...
Sesampai je JB, terus menuju ke Pusat Bandar. Saya hanya tahu jalan ke Pasar Karat sahaja. Because , that place i went for twice. Puas cari jalan untuk menuju ke Angsana. Rumah Bff saya di Pangsapuri yang berdekatan dengan Plaza Angsana. FINALLY. Jumpa jugak rumah BFF saya tu. Tu pun dari pertolongan Incik Cinta.

"thanks sayang"

Pagi tu gerak dari Pangsapuri Bff saya pukul 7. tak tahu nak gi mane. Call Incik Cinta, pergh memang senang nak angkat. grrrrr... so saya decide to pick up him at his house di Kota Tinggi. Pukul 8 saya dah sampai rumah Incik Cinta, dia tengah mandi...  haiyooo... Ini budak memang nak kene sekeh ni.. Lepas breakfast kat rumah Incik Cinta, kami gerak ke Jusco Tebrau. Rancangan kami nak tengok wayang. Tapi cerita yang kami nak tengok tu takde. So kami tukar plan. Mula-mula lunch kat foodcourt. Then main basketball, main something like city hunter, dan saya main pukul-pukul yang ala-ala pukul buaya tu. Pertama kali kami main permainan macam tu. We having a great moment as childish.

Then next destination is Plaza Angsana untuk cari tudung untuk mak Incik Cinta. Puas pusing kat dalam Angsana tu, tapi still tak dapat tudung yang sesuai. ishhh.. susah jugak kalau shopping kat tempat yang kita jarang pergi. Akhirnya setelah penat mencari tapi masih tidak ade yang berkenan di mata.

Pukul 1 lebih, saya hantar Incik Cinta balek rumah. Then terus gerak balek Segamat. Hujan lebat gyler sepanjang perjalanan. Alhamdulillah. Tepat pukul 6 saya sampai rumah.

Perjalanan yang tak dirancang sememangnya banyak mengajar saya erti sabar. 









❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Sunday, October 23, 2011

Azrul Nizam, tak suka saya menangis.








Incik Cinta, akan sedaya upaya buat saya berhenti menangis..
Bila saya berhenti menangis.

I'M THE AWESOME WOMAN.







❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

♥ aku suka dia ♥


Assalamualaikum. ^_^

Aku suka dia.

Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka dia…




 





Azrul Nizam, 
sebenarnya aku suka kau dari pertama kali kita bertentang mata. 
Bila kau selalu dekat dengan aku, aku mula mencintai kau.
Terima kasih sebab selalu ada untuk aku.
Aku Cinta Kau.


❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Saturday, October 22, 2011

Tip Kawal Kemarahan



Assalamualaikum...
hari ini saya pergi jumpe Incik Cinta di UiTM Segamat plus memeriahkan lagi majlis perasmian KARISMA di UiTM. tahun ni UiTM Segamat tuan rumah. so memang meriah la..Tahun lepas saya jadi ATLET wakil UiTM, tahun ni saya jadi penonton sahaja.. dah pencen. HAHA !
disini saya nak kongsi beberapa tip untuk kawal kemarahan. 
Lately saya asyik marah-marah je... 
so HERE are the TIP:
1) TANYA METER KEMARAHAN KAMU 
-sebelum melepaskan kemarahan, cubalah kamu berfikir apakah kemarahan kamu itu akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara ? Persoalan ini akan memberi kamu ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan jika kamu dapat jawapannya, pasti kamu akan lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan kamu itu.

2) FIKIR AKIBAT YANG BAKAL BERLAKU
-Fikirkan sejenak kesan buruk jika kamu melepaskan kemarahan kamu. Adakah tindakan melepaskan kemarahan itu meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang ? Jika benar lebih baik kamu bertenang, dan andainya kemarahan kamu melibatkan perkara yang kecil lebih baik, lupakan saja.

3) LETAKKAN DIRI KAMU SEBAGAI MANGSA
-Ketika marah cuba letakkan diri kamu sebagai diri orang yang kamu marahi. Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap kamu. Contohnya, jika kamu berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.
4) KIRA DALAM HATI
-Ketika kemarahan kamu sedang memuncak, cuba buat kiraan satu hingga sepuluh dalam hati dengan keadaan tenang tanpa berkata apa-apa. Walaupun kaedah ini tidak membantu kamu untuk memadamkan kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan kamu itu.
5)PEJAMKAN MATA SEKETIKA
-Ketika marah, pejamkan mata kamu dan bayangkan kamu sedang berada di sebuah pulau percutiaan yang teristimewa bersama orang tercinta. Jika keadaan tidak mengizinkan untuk kamu memejamkan mata, cukuplah dengan hanya membawa fikiran kamu jauh ke sana.

6)TARIK NAFAS PERLAHAN-LAHAN
-Antara cara yang paling mudah ialah dengan menumpukan perhatian pada teknik pernafasan kamu. Fokus cara pernafasan kamu dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengar bunyi pernafasan kamu dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan perasaan.

7)LUAH PADA INDIVIDU TERSAYANG
-Jika kesemua cara ini masih belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, kamu boleh meluahkan perasaan itu pada orang lain antaranya teman-teman ataupun pakar kaunseling agar kamu tidak dibelenggu dengan kemarahan sendiri.




Selain itu banyak lagi sebenarnya cara untuk kita mengawal kemarahan kita. So fikir-fikir dan renung-renungkan lah.




sumber : Remaja (1 okt 2011)





❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Thursday, October 20, 2011

Spontaneous Thursday#2


Azrul Nizam Bin Suliman,
sorry honey tak dapat datang hari ini. 
i'm SORRY.
iloveyou !

kbai.
❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday #8




❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Sunday, October 16, 2011

16 Oct 2011


hye... hari ini saya masak special untuk Incik Cinta saya... saya masak makanan kegemaran dia. Ayam masak Kicap. kesian Incik Cinta kena tunggu lama sebab saya lambat hantar... lunch on 3 pm.. "sorry bee... honey busy plus leka ... tu yang lambat sikit... " 
Kami berkelah kat bawah baiduri.. tak pernah ade moment ni... saya pun tak pernah masak untuk dia.. hari ini tiba-tiba saya nak dia makan ape yang saya masak... saya tanya dia. saya masak sedap ke tak.. dia jawab " tak cukup " haizzz... tak menjawab soalan langsung... 
Lepas makan lepak-lepak , berbual-bual. lepaskan rindu setelah 2hari tak jumpa... insyaallah.. hari selasa ni saya datang melawat Incik Cinta lagi... kali ni menu lain pulak... hopefully masakan saya tak buat Incik Cinta food poisoning... teheee.... ^_^
Lagi seminggu Incik Cinta dan saya akan berjaohan.. semester hadapan Incik Cinta dah tak ade kat UiTM Segamat. sebab Incik Cinta dah grad... :( sedey..
btw, saya akan sentiasa menunggu Incik Cinta menunaikan janji Incik Cinta.


ayah Athirah Izzati sakit yang agak kritikal. 
saya harap ayah dia cepat sembuh seperti biasa...
kawan-kawan tolong doakan agar ayah Athirah Izzati iaitu Makhul bin Munajat kembali sihat seperti sediakala. 
AMIN.


❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Thursday, October 13, 2011

tear US apart


saya suka lagu ini...

by: Nadhira Feat. Ron E Jones


From the first time we met each other
I knew that we'd be together
I saw in your eyes
It's just a matter of time

Don't know if this feels like the real thing
Tell me what to do where do I begin
Don't know where to start
Should I let you in my heart


And all it took was one touch, one kiss
I've never felt love like this
I pray I wish we can have this forever


I told you from the very start
It's always gonna be about us
Just don't go and break my heart
Baby, don't go and break my heart


I knew that we would make it this far
No nothing's gonna tear us apart
Just don't go and break my heart
Baby, don't go and break my heart


Girl you know that now we're together
I won't leave your side forever
You know that i'm yours
Baby, you're my only girl in the world

Now I have no reason to be alone
Fell in love with you
You are now my home
I'll always be true
I see no one else but you


And all it took was one touch, one kiss
I've never felt love like this
I pray I wish we can have this forever

I told you from the very start
It's always gonna be about us
Just don't go and break my heart
Baby, don't go and break my heart

I knew that we would make it this far
No nothing's gonna tear us apart
Just don't go and break my heart
Baby, don't go and break my heart

Ain't nothing gonna tear us
Ain't nothing gonna tear us
Ain't nothing gonna tear us apart

Ain't nothing gonna tear us
Ain't nothing gonna tear us
Ain't nothing gonna tear us apart

And all it took was one touch, one kiss
I've never felt love like this
I pray I wish we can have this forever

I told you from the very start
It's always gonna be about us
Just don't go and break my heart
Baby, don't go and break my heart

I knew that we would make it this far
No nothing's gonna tear us apart
Just don't go and break my heart
Baby, don't go and break my heart




❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday #7




❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Thursday, October 6, 2011

Spontaneous Thursday#1



awak,


saya minta maaf sebab saya buat awak menangis dan marah hari ini. 
saya minta maaf sebab saya mampu senyum je bila awak buat lawak hari ini.
saya minta maaf sebab saya balas mesej awak, "okay" "hurm" "yela" hari ini.
saya minta maaf sebab saya tak banyak membebel hari ini.
saya minta maaf sebab saya tak nak study hari ini.
saya minta maaf sebab saya tak de mood hari ini.
saya minta maaf jika layanan saya SANGAT TERUK hari ini.


saya harap HARI INI je saya macam ni.
esok saya akan kembali seperti biasa.

AZRUL NIZAM bin SULIMAN.
saya NOR FARRAHLINA binti TUMPANG.
rindu awak sangat-sangat !


❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday #6





❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Tuesday, October 4, 2011

( ♥‿♥) meet his MOM...


hello my readers..
sorry sangat-sangat sebab lambat update blog...

sebelum tu, saya ade pantun yang khas ditujukan oleh Incik Cinta kepada saya...
Dari Segamat ke Kota Tinggi,
Balik Kampung Tujuan Kami,
Jantung berdegup tak berhenti,
Sebab nak jumpa mak saya kejap lagi.

huhuhuhu...
nice pantun la sayang...
Incik Cinta ni memang romantik sangat-sangat....
saya suka !

27.September.2011
kami gerak dari UiTM Segamat pukul 3 petang...
UiTM Segamat - Yong Peng - Kulai - Kota Tinggi.
singgah RnR Machap untuk solat Asar..
sampai je Kulai, saya dah mula gelisah...
mau taknyer...
first time la ikut lelaki balek rumah jumpa mak dy...
nervous nervous...
sampai rumah Incik Cinta dalam pukul 6 lebih...
mase tu mak dy kat beranda rumah..
Ohmaigod.. 
takut gyler mase tu plus malu-malu.. ahakz..
kuar kete terus salam mak dy...
 kesian Incik Cinta kene angkat barang sorang-sorang...
sebab mak dy tak bagi saya tolong...
baek kan mak Incik Cinta...
malam tu kami plan nak tengok wayang kat CS dengan mak dy..
mula-mula mak dy setuju...
pastu tibe-tibe tukar plan, tak jadi gi CS,..
but kami gi window shopping kat Kip Mart Kota Tinggi...
balek tu lepak tengok tv sambil makan tempura khas dari Kak Kam.. 
pukul 11 dah masuk tido...
awalkan ?
penat la.. sebab tu tido awal...
esok pagi-pagi nak gi Jaybee...
saya tido dengan mak dy..
sebelum tido kami berbual-bual dulu...
mak Incik Cinta ni peramah..
sama macam Incik Cinta...
pukul 12 baru kami tido...


28.September.2011
 
pukul 5.30pg saya bangun...
mandi, solat..
lepas tu tolong mak dy kat dapur...
Incik Cinta ni memang SUSAH nak bangun...
so pagi-pagi dah kene Ais khas dari mak dy...
"ha.. tu la.. sape suruh tak bangun.. 
kan mak dah letak Ais kat bee.. 
sejuk tak.. kihkihkih"

pukul 7 lebih kami bertolak ke Jaybee...
nak wat passport untuk mak dy...
sesampai je kat sane, system OFFLINE...
so kene la gi Kempas...
1 jam buat passport..
pukul 11 dah settle everything..
bertolak balek ke rumah Incik Cinta...
lepas zohor, baru gerak balek Segamat...
fuhhh... 
Lega....
tapi tu tak bermakna saya sudah diterima oleh keluarga Incik Cinta...
hopefully, kedatangan saya ke rumah mereka menjadi satu kenangan indah buat saya dan mak Incik Cinta.
harap lepas ni saya datang rumah Incik Cinta dengan ikatan yang sah..
aminn...

Mak Incik Cinta baek, penyabar, comel, peramah.
Incik Cinta cakap perangai kami sama...
bile rasa ingat ape yang dah berlaku sepanjang kami bersama...
ade la sikit yang same...
Mak dy suka bercerita.. 
semua cerita pasal family mereka...
dan ape yang Incik Cinta pernah cerita kat saya sebelum ni...
saya dengar sekali lagi dari mulut Mak dy..
 
masa perjalanan balek...
satu janji yang membuat saya tak tido malam...
janji yang saya harap ia jadi kenyataan suatu hari nanti...
amin..

apekah janji tu ?
tunggu bile tiba masanya...
saya akan tulis post yang bertajuk...
"JANJI INCIK CINTA"


here are some pictures:



tak banyak gambar.. 
yang banyak video kami semasa perjalanan pergi dan pulang...
^__^


❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Tuesday, September 27, 2011

gementar !


sumpah sekarang ni saya rase nervous gila...
kenapa ?
sebab nak gi rumah Incik Cinta...
jumpa mak dy...
Ohmaigod...
 
NERVOUS!
 
 doakan perjalanan kami berjalan lancar...
hopefully mak dy boleh terima saya dengan seadanya... 
amin...


ape yang berlaku sepanjang perjalanan kami ? 
ape yang terjadi semasa di rumah Incik Cinta? 
tunggu post yang akan datang....
^__^



❤ thank you for drop here. FOLLOW and LIKE ❤

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...